Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 31 on Thu Jun 27, 2013 5:48 am
MGCK Chatbox


OTHER MGCK LINKS

Bahasa Inggeris subjek wajib lulus SPM 2016

View previous topic View next topic Go down

Bahasa Inggeris subjek wajib lulus SPM 2016

Post by Admin on Fri Sep 06, 2013 9:26 am

Sumber: http://my.news.yahoo.com/bahasa-inggeris-subjek-wajib-lulus-spm-2016-050541418.html#

Subjek Bahasa Inggeris akan dijadikan mata pelajaran wajib lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menjelang 2016.
Pengumuman itu dibuat Menteri Pendidikan,Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) sempena pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 di Kuala Lumpur hari ini.

"Dalam melaksanakan hasrat ini, kementerian sedang dalam usaha menambah masa pembelajaran di dalam kelas supaya murid menerima pendedahan yang lebih untuk subjek itu," katanya.

Muhyiddin berkata, bagi melaksanakan tujuan itu, PPPM menggariskan beberapa inisiatif seperti guru Bahasa Inggeris diuji kemahiran mereka melalui Ujian Penempatan Cambridge (CPT). 

Beliau berkata, kohort pertama seramai 5,000 pelajar sudah mengikuti latihan lanjutan oleh British Council, manakala 9,000 guru Bahasa Inggeris akan mengikuti latihan pada Oktober nanti.

Katanya, bagi menambah baik kualiti guru sedia ada, PPPM turut memperkukuh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dengan menempatkan pembimbing pakar untuk guru dan pemimpin sekolah dengan program yang dikenali sebagai SISC+ dan SIPartner+.

“Mereka bukan sahaja dapat membimbing daripada segi pengajaran dan pembelajaran tetapi juga dalam aspek penilaian seperti Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

“Harapan saya melalui bimbingan ini, guru dan semua pengetua dan guru besar dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan lebih berkesan.

“Bagi memartabatkan profesion perguruan, syarat kemasukan guru iaitu 30 peratus diperuntukkan daripada graduan terbaik untuk memasuki profesion ini.

“Bagi pengetua dan guru besar, kriteria pelantikan tidak berdasarkan kepada jangka masa perkhidmatan. Dalam masa lima tahun akan datang, 4,000 pengetua dan guru besar akan menamatkan perkhidmatan dan ini membuka peluang kepada calon berkelayakan dan berprestasi tinggi mengisi kekosongan,” katanya.

PPPM yang dilancarkan Muhyiddin hari ini berhasrat untuk mencapai lima keberhasilan bagi sistem pendidikan Malaysia secara keseluruhan merangkumi akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan.

Pelan itu dilancarkan dalam tiga gelombang iaitu Gelombang 1 (2013-2015) memberi penekanan kepada menambah baik sistem dengan mempercepat perubahan kaedah pelaksanaan program.

Dalam tempoh pelaksanaan itu, tumpuan diberikan kepada kaedah peningkatan kualiti pengajaran dengan meningkatkan kualiti guru sedia ada, meningkatan kualiti kepimpinan sekolah dan meningkatkan kadar literasi Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan numerasi.

Dalam Gelombang 2 (2016-2020), kementerian akan melaksana perubahan struktur pendidikan negara untuk mempercepat perjalanan perubahan kepada semua inisiatif yang bermula semasa Gelombang 1, antaranya pergerakan semua 410,000 guru dan 10,000 pengetua/guru besar kepada pakej kerjaya baharu dan penstrukturan semula kementerian.

Gelombang 3 (2012-2025) akan memfokus kepada anjakan ke arah kecemerlangan dengan peningkatan keluwesan operasi, di mana pada permulaan gelombang ini, semua sekolah, guru dan pengetua/guru besar perlu menunjukkan prestasi melebihi standard minimum. - 6 September, 2013.


Keep on trying to be among the best...

Admin
Admin

Posts : 351
Join date : 2011-02-24

View user profile http://mgckeningau.phpbb9.com

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum