Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 31 on Thu Jun 27, 2013 5:48 am
MGCK Chatbox


OTHER MGCK LINKS

SPP laksana penilaian khas lantik guru cemerlang

View previous topic View next topic Go down

SPP laksana penilaian khas lantik guru cemerlang

Post by Admin on Sat Mar 23, 2013 6:39 am

Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130322/dn_49/SPP-laksana-penilaian-khas-lantik-guru-cemerlang

KUALA LUMPUR 22 Mac - Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) sedang melaksanakan Program Penilaian Khas bagi pelantikan tetap graduan cemerlang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Tahun 2012, kata Pengerusi SPP, Tan Sri Dr Zulkurnain Awang.

Beliau berkata, penilaian khas itu bertujuan melantik bakal guru yang cemerlang dari segi akademik dan ikhtisas tanpa melalui proses temu duga secara konvensional.

Katanya, pelantikan secara terus itu adalah untuk mengiktiraf pencapaian akademik dan ikhtisas graduan yang memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.5 dan ke atas, mendapat sekurang-kurangnya keputusan A- dalam Praktikum serta diperakui institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).

Zulkurnain dalam kenyataan hari ini berkata program penilai khas itu melibatkan 2,780 graduan cemerlang daripada IPTA dan IPGM.

Program penilaian itu dijalankan secara berperingkat di seluruh negara bermula 19 Mac lepas di Kuching melibatkan 247 graduan, diikuti Putrajaya semalam seramai 560 graduan, Johor Baharu (28 Mac), Ipoh (2 April), Sungai Petani (4 April), Kota Baharu (8 April), Kuantan (11 April) dan Kota Kinabalu (17 April), katanya.

"Pada akhir penilaian semua graduan yang layak akan terus diberi surat pelantikan daripada SPP," katanya.

Zulkurnain berkata 5,033 graduan lagi perlu melalui temu duga biasa yang dijalankan mulai 19 Feb lepas hingga 28 Mac. - BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130322/dn_49/SPP-laksana-penilaian-khas-lantik-guru-cemerlang#ixzz2OLHQnqVI
© Utusan Melayu (M) Bhd


Keep on trying to be among the best...

Admin
Admin

Posts : 351
Join date : 2011-02-24

View user profile http://mgckeningau.phpbb9.com

Back to top Go down

Re: SPP laksana penilaian khas lantik guru cemerlang

Post by Admin on Sat Mar 23, 2013 6:40 am

Kpd guru2 pelatih yg sdg menjalani latihan perguruan, jgn lepaskan peluang ini...


Keep on trying to be among the best...

Admin
Admin

Posts : 351
Join date : 2011-02-24

View user profile http://mgckeningau.phpbb9.com

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum