Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 31 on Thu Jun 27, 2013 5:48 am
MGCK Chatbox


OTHER MGCK LINKS

Guru Cemerlang disaran hasilkan buku

View previous topic View next topic Go down

Guru Cemerlang disaran hasilkan buku

Post by Admin on Sat May 11, 2013 11:02 am

KOTA BHARU 30 Mac 2009 – Guru-guru cemerlang di negara ini disaran agar mengabadikan pengalaman dan kepakaran mereka dalam bentuk buku yang boleh dimanfaatkan oleh masyarakat secara meluas.

Timbalan Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) Kementerian Pelajaran, Dr. Masnah Ali Muda berharap, lebih ramai guru cemerlang melibatkan diri dalam penghasilan buku ilmiah dan juga fiksyen bagi mengisi pasaran.

‘‘Adalah merugikan sekiranya kepakaran dan pengalaman ribuan guru cemerlang yang kaya dengan idea bernas tidak dimanifestasikan dalam bentuk penulisan.

‘‘Malaysia ketandusan judul buku dalam bahasa Melayu bagi mengimbangi lambakan buku picisan di pasaran,” ujarnya semasa berucap pada majlis perasmian Pesta Buku Kelantan 2009 di Dewan Jubli Perak di sini hari ini.

Menurut Dr. Masnah, untuk mencapai hasrat ini, perkongsian pintar boleh diwujudkan antara pihak kementerian, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan syarikat penerbitan yang akan menerbitkan buku-buku nukilan guru cemerlang.

“Kita akan kehilangan khazanah ilmu daripada kelompok guru cemerlang ini sekiranya kepakaran mereka tidak diterjemahkan dalam bentuk penulisan buku,” katanya.

Katanya lagi, walaupun perkembangan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi menyaksikan ilmu semakin banyak disebar dalam bentuk yang lain, buku tetap menjadi alat menjana minda yang penting di peringkat sekolah.

Beliau seterusnya bangga dengan kejayaan Zainon Hamzah, guru besar Sekolah Kebangsaan Bechah Laut, Tanah Merah, yang telah menghasilkan buku bertajuk Grammar Vocabulary. Buku itu berjaya menarik minat pelajar sekolah rendah sehingga menjadi rujukan meluas oleh pelajar.

Dr.Masnah berkata, syarikat penerbitan boleh menganjurkan bengkel penulisan dengan kerjasama JPN kepada guru cemerlang dan guru-guru lain yang berminat. Katanya, langkah itu boleh menghasilkan lebih banyak judul buku daripada kalangan warga pendidik.

Pada majlis tersebut, Zainon turut menerima sijil dan RM1,000 sebagai tanda penghargaan atas usahanya menghasilkan buku tersebut. Sementara itu, Dr. Masnah memberitahu, setiap tahun, pihak BTP memohon kepada bahagian perbendaharaan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk pembelian buku bagi memastikan setiap pusat sumber sekolah (PSS) dibekalkan dengan nisbah buku yang ditetapkan. Katanya lagi, pengurangan kepada peruntukan yang dipohon biasanya hanya dilakukan sekiranya ada penjimatan.

Utusan Malaysia Online: 31 Mac 2009


Keep on trying to be among the best...

Admin
Admin

Posts : 351
Join date : 2011-02-24

View user profile http://mgckeningau.phpbb9.com

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum