Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 31 on Thu Jun 27, 2013 5:48 am
MGCK Chatbox


OTHER MGCK LINKS

GAJI MATI TINGGAL SEJARAH MENERUSI SISTEM SARAAN TRANSFORMATIF - KSN

View previous topic View next topic Go down

GAJI MATI TINGGAL SEJARAH MENERUSI SISTEM SARAAN TRANSFORMATIF - KSN

Post by Admin on Tue May 14, 2013 3:03 am

Sumber: http://cuepacs.blogspot.com/

GAJI MATI TINGGAL SEJARAH MENERUSI SISTEM SARAAN TRANSFORMATIF - KSN
Bernama
5/5/2013

MUAR, 2 Mei (Bernama) -- Gaji maksimum atau gaji mati dalam kalangan penjawat awam disifatkan tinggal sebagai sejarah selepas kerajaan memperkenal Sistem Saraan Transformatif baru-baru ini.

Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata kini tiada lagi gaji maksimum untuk penjawat awam selepas kerajaan memperkenal pergerakan gaji khas tiga peratus setiap tahun.

"Kalau gaji sudah sampai mata akhir, setiap tahun akan dapat kenaikan tiga peratus sampai pencen. Dalam menuju ke arah negara berpendapatan tinggi, gaji penjawat awam juga akan meningkat mengikut kadar pertumbuhan ekonomi negara," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Guru Muda 1Malaysia Daerah Muar di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku
Mahkota di Muar, Khamis.

Beliau berkata ini merupakan penambahbaikan kerana sebelum ini penjawat awam yang sudah sampai ke tahap gaji maksimum hanya boleh menikmati pertambahan gaji apabila dinaikkan pangkat.

"Sedangkan dalam sistem piramid, tidak banyak jawatan untuk kenaikan pangkat," katanya.

Berita baik itu merupakan antara inisiatif Sistem Saraan Transformatif yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak 11 Mac lepas, yang juga menghadiahkan penjawat awam satu kenaikan gaji tahunan pada 1 Julai ini.

Mengenai Sarana Guru Muda 1Malaysia, Ali berkata guru berusia 23 hingga 40 tahun dilihat sebagai ejen penggerak dan pemacu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Katanya, seramai 204,254 guru atau 49.5 peratus daripada jumlah keseluruhan guru di Malaysia boleh mengemukakan idea, kreativiti, inovasi, bakat dan penampilan dalam bidang masing-masing bagi menjayakan PPPM.

Sarana merupakan inisiatif untuk menyatukan setiap pihak berkepentingan, termasuk ibu bapa dan masyarakat, bagi melahirkan modal insan yang berkualiti global melalui sekolah.

--BERNAMA


Keep on trying to be among the best...

Admin
Admin

Posts : 351
Join date : 2011-02-24

View user profile http://mgckeningau.phpbb9.com

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum