Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 31 on Thu Jun 27, 2013 5:48 am
MGCK Chatbox


OTHER MGCK LINKS

NIKMATI FAEDAH BARU: CUEPACS

View previous topic View next topic Go down

NIKMATI FAEDAH BARU: CUEPACS

Post by Admin on Sun Jun 02, 2013 2:52 am

Sumber: http://cuepacs.blogspot.com/

NIKMATI FAEDAH BARU: CUEPACS

Utusan Malaysia
2013/05/19 - 05:49:20 AM
Oleh Mohd Roji Kawi

Sibu: Kakitangan awam dijangka menikmati beberapa faedah baru yang lebih baik selepas permohonan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mendapat perhatian serius Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Timbalan Presiden II CUEPACS, Zainal Ismail, berkata antara keperluan utama yang mereka minta ialah kenaikan kadar elaun perumahan, elaun sara hidup serta kajian semula kemudahan pembelian rumah.

Beliau berkata, difahamkan Perdana Menteri sudah meneliti permohonan CUEPACS itu dan dijangka membuat pengumuman mengenainya tidak lama lagi.

Elaun perumahan

Kita sudah lama memperjuangkan elaun perumahan yang kini berjumlah RM180. Jumlah elaun perumahan yang kita terima sekarang terlalu kecil dan mahu ia diselaraskan menjadi RM450.

Perdana Menteri sudah mempertimbangkan secara serius permohonan kita itu kerana beliau juga mengutamakan isu kebajikan kakitangan awam, katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Hari Pekerja 2013 anjuran Kesatuan Pekerja, Lembaga Air Sibu (SWB), malam kelmarin.

Turut hadir, Pengurus Besar SWB, Daniel Wong Park Ing dan Presiden Kesatuan Pekerja SWB, Mohd Zainoren Arshad.

Zainal berkata, CUEPACS juga mahu elaun sara hidup atau COLA diselaraskan.


Keep on trying to be among the best...

Admin
Admin

Posts : 351
Join date : 2011-02-24

View user profile http://mgckeningau.phpbb9.com

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum